Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T, segala urusan menyambut kelahiran anak kedua kami (baby girl) melalui pembedahan berjalan lancar.
Name: Arissa Khadeeja Hanan binti Md.Hairizad
Born: 16 Julai 2008 @ 1.10pm di HUKM
Weight: 3.53kg
Length: 48cm
Walaupon ini merupakan anak kedua, tapi rasa excited dan nervous tetap sama. Cuma bezanya kami lebih bersedia. Berdasarkan sejarah kelahiran anak pertama yang mengalami sedikit komplikasi vakum, forsep dan akhirnya terpaksa juga dibedah; doktor menasihatkan supaya kami memilih pembedahan ditambah dengan saiz baby yang agak besar.
Rasa gemuruh tak terhingga bila first time dapat masuk OT. Walaupon ada kamera ditangan, namun cuma dapat semangat untuk ambil gambar bila baby berjaya disambut keluar. SERAM oooooooo
Alhamdulillah juga kerana Aqila dapat menerima kehadiran Khadeeja dengan baik. Memang ada ciri-ciri seorang kakak yang penyayang.
Terima kasih tak terhingga pada Mama yang menjaga Ira sepanjang berada di hospital, juga menguruskan semasa dalam pantang. Juga pada ahli keluarga lain yang turut sama membantu.
Terima kasih tak terhingga juga pada rakan2 yang datang menziarah serta ucapan dan doa kalian.
Regards,
Izat & Asmira
*dalam suka ada yang berduka*
~ Takziah pada Suria & Mahyud atas pemergian baby mereka. Semoga diberikan kekuatan menghadapi dugaan yang amat besar ini. Al-Fatihah
tahniah miera, diam tak diam...dah bertambah ahli keluarga..jaga diri baik2..berdasarkan pengalaman..ceaserian yg kedua sakitnya dalam pantang lebih lagi..so, amalkan segala petua yg ada..lepas ni boleh cantikkan badan semula...good to see u with ur happy family..