|
|
| Friday, 26-Nov-2004 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sepanjang Ramadhan
|
|
Nie ade beberapa lagi gambar yang aku ambil sepanjang ramadhan. Tapi sebenarnya, nie gambar2 yang aku ambil masa nak balik kampung...
#1 & #2 Gambar kat puduraya masa tunggu bas. Bahaya gak bawak SLR jalan2 kat situ, sib baik tak kena pow
#3 Gambar di PARAM Kota Tinggi. Tuh mak + adik aku tengah shopping kuih tunjuk2. Nak buat malas...
#4 Murtabak... (Ramadhan Al-Mubarak bukan Ramadhan Al-Murtabak laaa)
#5 & #6 Gambar peniaga kat PARAM tuh. Baguih budak2 muda berniaga nie
Gambar raya aku upload kemudian..
*yuk kita puasa 6 pulak...
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 9-Nov-2004 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Redang, The Best Vacation Ever!
|
 |
|
Breath taking...
|
|
|
A few years back, Fara, Miera, Hanim, Razlan (Pok Le), Ucop and I went for a vacation of our lives at Berjaya Resort, Redang. It was the most memorable vacation ever, the sun, the white sandy beach and blueish crystal clear sea. It's just breath taking...
This is a picture of one of the island near Redang. This shot was taken when we stop for lunch during our snorkling/island hopping. Taken using Pentax SLR camera borrowed from Kak Riani's husband.
There were six of us and after almost four years, three were married and the other three.. well still remain single.
*miss those moment, when friends are your closest siblings, when nothing is everything
|
|
|
|
|
|
| Monday, 8-Nov-2004 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Penghujung Ramadhan 2004
|
|
Terasa sekejap sangat Ramadhan tahun nie. Pejam celik dah sampai minggu terakhir. Minggu depan dah raya. Entahkan dapat ke tidak jumpa Ramadhan tahun depan...
"Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin buat semua... "
Nie ade beberapa keping gambar sepanjang bulan Ramadhan. Gambar majlis berbuka puasa kat CyberView Lodge semalam tak cuci lagi. Mungkin lepas raya kot.
Note:
# 1 - Gambar nie diambil semasa bersolat terawikh di Masjid Bandar Kinrara. Permulaan solat memang sof penuh sampai keluar, tapi lepas rakaat ke 8 tinggal 2-3 sof yang kebanyakkannya orang veteren meneruskan ibadah... Yang muda2 (termasuk aku) terus gahib. Komposisi agak kurang baik, not centered.
# 2 - Nie gambar kubah masjid tersebut. Tapi oleh kerana agak kurang cahaya, so aku sephia kan..
# 3 - Gambar anak salah seorang jemaah. Semasa aku nk ambik gambar nie, ade sorang budak lelaki berbaju melayu biru berlari2 mengelilingi aku cuba menganggu pandangan... NAKAL!
# 4 - Dekorasi di Times Square diambil selepas menyertai Miss Photogenic Photography Contest.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 2-Nov-2004 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Miss Photogenic Images
|
|
Listed here a few images taken during Miss Photogenic contest that turn out quite well (not too well though).
As you can see here I don't use flash much, infact I always restain myself. But instead, I make use of natural light present to bring life to the image.
Basically it's a learning curve when you know just a little bit of something.
So, its time for trail and error... constantly switching from fully manual to semi auto, using flash to without flash, from small apeture to big apeture, from slow shutter to fast shutter and etc etc...
From almost 2 rolls taken, I can see alot of improvement needed and I believe that, with FREQUENT PRACTISE comes PERFECTION.
*still a long way to go...
Tight security maaaaa...
Felina's legs... if you can't capture the face, shoot the legs or other parts that would pose for you..
|
|
|
|
|
|
| Friday, 29-Oct-2004 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Huwaidah @ Aida
|
 |
|
Dukungan pertama
|
|
 |
|
Makin bulat kan?
|
|
|
Berikut sedikit gambar anak sedara pertama Cik Miera iaitu Aida.
Bulat sangat budak nie.. GERAM betul!!
Sekarang Aida dah pandai tiarap sendiri... 'Good girl'
#1. Dukung pertama oleh Uncle Izat.
(tuh tersilap fokus kat background)
#2. Gambar dlm kereta masa balik dari pasar ramadhan... seronok dia berjalan2.
(agak blur, mungkin kerana gegaran dan slow shutter speed)
------------------ english version ------------------
Some images of Miera's first niece, Aida.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 26-Oct-2004 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
FAJAR & ANIS WEDDING
|
|
Berikut beberapa gambar pada hari persandingan Fajar dan Anis di Melaka 2-3 bulan lepas.
--------------- english version -----------------
Some pictures of Fajar and Anis wedding in Melaka a couple month ago.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 25-Oct-2004 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
:: MISS PHOTOGENIC ::
|
|
Semalam aku menyertai pertandingan fotografi MISS PHOTOGENIC anjuran CANON sempena MISS CHINESE PAGENT 2004 anjuran ASTRO.
Pertandingan tersebut diadakan di Berjaya Times Square bermula pada jam 9 pagi sehingga 1 tengahari. Ia merupakan pertandingan fotografi yang terbuka kepada semua orang yang mempunyai kamera.
Aku sampai agak awal dengan menaiki LRT dan transit di MONORAIL. Dan nasib aku agak baik kerana merupakan antara kumpulan pertama masuk ke kawasan pertandingan, so aku dapat tempat disebelah kiri depan sekali. Hanya pagar besi yang memisahkan aku dengan stage.
Tapi walaupon awal, sudah ramai para peserta yang beratur untuk pendaftaran. Masing2 dengan peralatan yang canggih2, digital SLR canggih, lense yang panjang, lense yg besar kepala aku pon ade, speedlight yang besar gedabak, motordrive, battery pack tripod, monopod dan yang bawak TANGGA pon ade..! Semua mereka tuh datang dengan kelengkapan professional photographer. Kalu nak dibandingakan dengan kamera yang ade kat tangan aku tuh, cam langit dengan bumi.
Nasib baik juga aku datang awal dan dapat tempat paling depan, kerana lense aku tak mampu nak close-up dari jarak yang terlalu jauh. Walaupon begitu, aku terpaksa memanjangkan badan dicelah peserta lain melepasi pagar besi utk mengambil gambar yg lebih dekat.
Pertandingan tsb terbahagi kepada dua kategori, iaitu DIGITAL dan ANALOG. Dan sesi fotografi tuh pulak terbahagi kepada tiga sesi, iaitu sesi SOLEKAN, sesi SELUAR PENDEK + KEMEJA T dan sesi BAJU KASUAL + SKIRT PENDEK.
COMEL2 dan SEKSI2 semua ke-10 gadis2 cina yang bertanding.
Nie merupakan percubaan pertama aku, experimental. Aku sertai pertandingan nie cuma utk cari pengalaman, belajar dan cuba bercampur gaul dengan photographer lain. Cuma satu yg aku perasan, hampir kesemua mereka nie CINA, MELAYU dan bangsa lain boleh dikira dengan jari...
Susah rupanya nak jadi photographer. Banyak benda perlu dipertimbangkan seperti appeture, shutter speed, composition dan yang paling susah ialah nak tarik perhatian model supaya memberikan pose khas utk kita, atleast mata pandang pada kamera kita.
Susah oooo. Macam2 cara yg diaorang gunakan, menjerit2, memanggil2 dan melambai2 untuk menarik perhatian, tapi aku cuma diam membisu, segan nak panggil2. Dan itu lah jugak salah satu kegunaan tangga, kamera serta lense yang besar2... TANGGA tuh gunanya utk berdiri lebih tinggi drp orang lain. Kamera serta lense yang besar tuh selain dapat close-up walaupon dari jarak yg jauh, juga senang utk tarik perhatian model...
Sesungguhnya ia pengalaman yang susah nak aku GAMBARKAN!! Being among those professional.
Tak sabar nak cuci gambar + tengok hasilnya... Mintak2 jadik lah gambar2 tuhhhhh... AMIN
*TO BUY LIST;
- Lense 55-200 f/4.5
- Speedlight Canon 550EX
- Monopod
- Battery pack
- TANGGA??
*John W. Ishi (well-known photographer) pon masuk bertanding
*sakit ooo kaki + tulang belakang berdiri 4 jam
*kalu sempat, mungkin gambar2 akan aku upload minggu depan (setelah abis pertandingan)
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 29-Sep-2004 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
SERTAI PERTANDINGAN FOTOGRAFI ANTARABANGSA
|
|
Calling all photographers; amature, professional, person with camera, etc;
Serlahkan kreativiti anda... sertailah pertandingan fotografi bertaraf dunia ini... AMACAM BERANI??
1. United Nations Environment Programme (UNEP) Photographic Competition @ http://www.canon.com.my/unephoto/index.html
Duration: 5 Jun - 24 October 2004
2. Nikon Photo Contest International 2004-2005 @ http://nikonimaging.com/global/activity/npci/npci2004-2005/index.htm
Duration: 1 Sept - 11 Nov 2004
Mungkin salah seorang drp anda mampu mewakili Malaysia membolot hadiah2 yang dipertandingkan...
Good Luck!!
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 23-Sep-2004 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Menanti Asar
|
 |
|
Sumber ketenangan
|
|
 |
|
Guess what??
|
|
 |
|
Waktu sentiasa berputar
|
|
|
Gambar2 dibawah nie diambil semasa aku menantikan waktu asar di Surau Stesen LRT Bukit Jalil. Surau nie agak sunyi sepi dan hanya sesekali disinggahi musafir yang lalu. Tiada AJK surau yang mengimami solat fardhu...
*sayu
-------------------- english version ---------------------
Taken at muslim prayer room Bukit Jalil LRT Station while waiting for Asar
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 16-Sep-2004 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Itu ini begitu begini
|
|
Nie beberapa gambar anak2 sedara aku... Mereka lah model yang paling setia...
------------------ english version -------------------
A few pictures of my nephews and niece.
|
|
|
|